Friday, 18 December 2015

Dari hati ke hati : Bukan mudah nak puaskan hati semua orang.


Assalamualaikum w.b.t


Baca tajuk entri je dah nampak macam ada sesuatu yang touching aku nak sampaikan..Hati manusia ni adalah satu ciptaan yang paling lembut. Sebab tu fitrah manusia mesti ada perasaan kecil hati, sentap, terguris dan bla bla bla...Aku sendiri pon selalu je ada perasaan macam ni.


Contohnya pernah tak tetibe korang rasa yang ada orang tak suka kat korang?? korang tanya soalan ni dalam diri korang bila korang perasan yang ada kawan korang layan korang berbeza dengan dia layan member2 lain atau dengan kata lain dia cam terpaksa je berkawan dengan korang.



Untuk pujuk hati korang yang lembut tu korang kata tak baik buruk sangka. Tapi bila pujuk pujuk dan pujuk hati still rasa yang korang macam di pinggirkan. Mulalah tertanya-tanya " aku ada buat salah ke??", 'Aku ni sombong ke??", " Aku ni mungkin tak sekepala dengan diorang kot".. macam-macam persoalan keluar sampai penat dah nak fikir.



Kalau aku berhadapan dengan situasi macam ni mestilah stress . Ada masanya mengganggu kerja-kerja aku sebab asyik fikir je kan... Tapi pada aku 'just be youself ' tak payah nak jadi orang lain dan tak payah nak hipokrit. Sebab kalau seseorang tu jujur berkawan dengan kita dia akan terima baik buruk kita. Akan tegur kita kalau kita silap.



Setiap masalah ada jalan baik dan buruk untuk kita pilih. Jalan terbaik adalah mengadu pada Allah. Selalu berdoa supaya silatullrahim yang renggang di kukuhkan kembali. Sentiasa berfikiran positif dengan orang di sekeliling kita. Ingat bila orang bagi tahi jangan kita bagi tahi juga.. tapi balaslah dengan bunga.