Monday, 15 August 2016

Menunggu janji yang tak pasti

Kau janji semua akan kekal begini. Semua akan kekal bahagia. Kegembiraan ini tak akan pudar. Tak akan hilang. Itu janji kau pada aku. Itu janji yang kau tabur. Ku semai janji itu. Berharap agar janji itu bakal terlaksana satu masa nanti. Mungkin bukan hari ini. Mungkin bukan esok. Tapi dengan sedikit keyakinan, kau terus letakkan harapan. Bersama kepercayaan yang terus kekal.

Tapi,

Hari demi hari kau berubah. Kau bukan lagi yang dulu. Kau bukan lagi lelaki yang membahagiakan aku. Kau penghancur. Pemusnah. Penipu. Kau biarkan aku sendiri. Menyemai janji yang kau tinggalkan. Kau biarkan aku menanti janji itu akan mekar. Sedangkan hakikatnya janji itu sudah lama mati. Mati bersama perubahan kau. Kau sendiri yang tabur racun. Yang membunuh semua janji itu.

Dan aku,


Masih terus berharap. Akan ada sinar. Akan ada kemanisan untuk setiap janji yang kau pegang. Walaupun sesekali hati seolah telah hancur berkecai. Masih terus bersama dengan semua janji dulu. Masih utuh. Masih cuba percaya. Masih cuba untuk yakin. Kadangkala aku tertanya, kalau sayang, kenapa tinggalkan? Kau punya jawapan??

No comments:

Post a Comment