Monday, 15 August 2016

Menunggu janji yang tak pasti

Kau janji semua akan kekal begini. Semua akan kekal bahagia. Kegembiraan ini tak akan pudar. Tak akan hilang. Itu janji kau pada aku. Itu janji yang kau tabur. Ku semai janji itu. Berharap agar janji itu bakal terlaksana satu masa nanti. Mungkin bukan hari ini. Mungkin bukan esok. Tapi dengan sedikit keyakinan, kau terus letakkan harapan. Bersama kepercayaan yang terus kekal.

Tapi,

Hari demi hari kau berubah. Kau bukan lagi yang dulu. Kau bukan lagi lelaki yang membahagiakan aku. Kau penghancur. Pemusnah. Penipu. Kau biarkan aku sendiri. Menyemai janji yang kau tinggalkan. Kau biarkan aku menanti janji itu akan mekar. Sedangkan hakikatnya janji itu sudah lama mati. Mati bersama perubahan kau. Kau sendiri yang tabur racun. Yang membunuh semua janji itu.

Dan aku,


Masih terus berharap. Akan ada sinar. Akan ada kemanisan untuk setiap janji yang kau pegang. Walaupun sesekali hati seolah telah hancur berkecai. Masih terus bersama dengan semua janji dulu. Masih utuh. Masih cuba percaya. Masih cuba untuk yakin. Kadangkala aku tertanya, kalau sayang, kenapa tinggalkan? Kau punya jawapan??

Emosiku ke laut..

Confirm semua pernah rasa macam ni kan....rasa tak sedap hati dengan tiba2....tak kira masa, tak kira tempat, & tak kira siapa.....itu la yg aku rasakan sekarang ni....& selalu merasa tak sedap hati.....aku pun tak pasti kenapa?.. kadang2 ia membuatkan aku sentiasa berfikiran negatif.... menganggap sesuatu perkara yg tak pasti...membuat pelbagai andaian....ia cukup membeban kan perasaan dan fikiran aku...

Kadang2 aku cuba abaikan setiap kali benda mcm ni berlaku.... tp amat susah... Semua orang tahu "perempuan dan emosi atau dalam bahasa saintifiknyer instict" tak boleh dipisahkan...bagai aur dengan tebing.drpd instict ni la yg membuatkan aku kerap 'rasa tak sedap hati'...

Puas juga aku pujuk hati untuk abaikan je perasaan x sedap hati tu....tapi.....susahhh...mmg susah nak digambarkan...puas untuk mengelak...puas untuk abaikan....tp bukan senang.....Lebih2 lg bila perasaan itu melibatkan org sekeliling/org terdekat.....i hate that....really..aku cukup2 tak suka bila ia melibatkan mereka2 yg cukup aku kenal....it make me feel so sad... cewahhhh......gitu..:-P.

Belum masuk bab mood lagi.....Memang haru jadinye..ini boleh buat mood aku rasa sgt2 down giler...walaupun set dalam otak to make everyday is happy day....kadang2 benda mcm ni la yg membuatkan hari2 tak seindah yang diharapkan....senyuman dibibir terukir....tapi dihati terguris.....


P/s: Lu pikir la sendiri...: